Mohd Luttfi merupakan anak kelahiran Pulau Pinang dan kini menetap di Sungai Petani, Kedah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Wellesley, kemudiannya menyambung pengajian di Sekolah Menengah Penag Free sehingga tingkatan 5. Beliau kemudian menduduki peperiksaan STPM di Maktab Adabi Bukit Mertajam, Pulau Pinang sebelum melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa
Penulis telah mendirikan rumahtangga pada 1990 dengan Noriah Bt Hj Md Diah dan hasil 21 tahun perkahwinan, telah dikurniakan 6 orang cahaya mata.
Beliau adalah rakan kongsi dan juga peguamcara & peguambela di firma Tay, Tee & Nasir, Sungai Petani, Kedah.
Penulis juga merupakan aktivis Aman Palestin yang bergiat aktif di Kedah selain daripada menjadi Penasihat Undang-undang Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Beliau adalah ahli ISMA cawangan Alor Setar.
Penulis pernah menterjemahkan beberapa buku kanak-kanak dan sejarah Islam ke dalam Bahasa Malaysia.
