Kebangkitan Baru adalah merupakan sebuah blog yang cuba mengutarakan pandangan penulis terhadap isu-isu dan persoalan semasa dalam kacamata seorang peguam dan aktivis dakwah.
Objektif Kebangkitan Baru adalah untuk membawa minda masyarakat Melayu Muslim di Malaysia ke suatu pemikiran baru yang lebih segar, unik dan selari dengan Islam supaya dengan sedikit usaha ini dapat menggerakkan suatu perubahan yang lebih besar ke arah satu tahap yang lebih positif. Sesungguhnya perubahan yang besar bermula daripada sesuatu yang kecil.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu sendiri mengubah nasib mereka”
Semoga sedikit usaha dari KB akan mencorak minda anak bangsa ke arah KEBANGKITAN BARU!
